Dasar Privasi
Dikemas kini: 8 Oktober 2026 · Selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA)
Data yang kami simpan
- Akaun: nama, email, no. telefon, password (disimpan dalam bentuk hash).
- API key AI anda (disimpan dalam bentuk disulitkan, hanya digunakan untuk permintaan AI anda).
- Data kerjaya yang anda masukkan: resume, profil, answer bank, carian yang disimpan.
- Job yang dijejak dan log permohonan (tajuk, syarikat, hasil).
- Rekod bayaran dan resit yang anda muat naik.
Kami tidak menyimpan password atau cookie LinkedIn atau JobStreet anda. Extension menggunakan sesi LinkedIn dan JobStreet dalam browser anda sahaja.
Cara data digunakan
Untuk mengisi borang permohonan, menjana resume/cover letter, dan mengurus langganan anda. Teks resume, profil dan soalan borang dihantar kepada penyedia AI yang anda pilih (guna API key anda sendiri) untuk diproses, tertakluk kepada dasar privasi penyedia tersebut. Kami tidak menjual data anda.
Pihak ketiga
- Penyedia AI pilihan anda (cth. Anthropic, OpenAI, Google): pemprosesan AI
- AffanPay: pemprosesan bayaran online
- Penyedia pelayan (hosting) untuk menyimpan data
NextRole tidak berkaitan dengan, ditaja atau disahkan oleh LinkedIn Corporation atau JobStreet/SEEK.
Hak anda
Anda boleh meminta salinan data anda, membetulkannya, atau memadamkannya dengan menghubungi kami. Data dipadam dalam masa 30 hari selepas permintaan.
Keselamatan
Sambungan disulitkan (HTTPS), data setiap pengguna diasingkan, dan akses dikawal dengan token yang boleh dibatalkan.
